Tuesday, 31 March 2015

projek berbasikal mengelilingi semenanjung

assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca,harini saya nak update tentang projek berbasikal mengelilingi semanjung saya yang baru selesai pada 28 februari 2015,2 bulan saya merancang dari segi pemetaan,perjalanan,perbelanjaan,penginapaan,persekitaran & dan lain-lain,tujuan aku membuat ini ada 2 pertama untuk membangakan ibu bapa aku ye aku tahu aku kurang dari segi belajar,jadi aku rasa ini the best way sebab aku percaya aku mempu lakukan,tujuan 2 ialah 17 tahun aku hidup di malaysia tak pernah lagi menjejakan kaki di negeri-negeri lain,selangor & melaka dua negeri ini sahaja yang aku pernah sampai lagipun melaka tu hometown selangor pula tempat tinggal,bukan niat nak cipta nama,nak cari popularit             sebelum aku buat semua ni aku kerja dulu kerja di kedai hardware kerja kedai barang binaan di sijangkang kerja berat orang kata ,tapi aku tabahkan je demi mencapai kemahuan diri,okay itu dia setting basikal aku fixie biasa single speed panneir pun yang murah punya rm 55 beli online dekat bbs,senang cerita apa yang ada,mula-mula aku tak sure nak bawa berapa sebab 1 bulan,so aku tanya ezrin memang luas pengalamanya ni aku tanya kalau bawa 500 cukup ke dia kata terlebih cukup so aku keluar rm 500,300 ringgit untuk setting basikal siap spray new colour lagi hahaha.and baki tu aku buat untuk perbelanjaan semasa perjalanan,semua dah risau aku bawa rm 200,aku pasrah je,first destination/night di port dickson tidur dalam khemah tepi pantai perghh awesome gila,kemudian esoknya kau terusakan kayuhan ke melaka my hometown yeahh aku rest 1 hari sebelum ke johor,kemudian di johor pertama kali aku bermalam di masjid masjid renget namanya kurang selesa dengan sejuknya cuaca,nyamuknya lagi,tidur kurang lena,kemudian esoknya aku demam,day 5 betul aku demam akibat tidur kurang selesa di masjid renget aku terpaksa berhenti di pontian berehat lebih awal,sepatutnya aku kena sampai tanjung piai,tapi aku kurang sihat,day 6 dari pontian aku ke tanjung piai walaupun belum recovery sepenuhnya aku ke tanjung piai agak rushing juga kemudian dari tanjung piai terus ke johor bharu di tanjung piai aku terjumpa 4 sekawan pentouring juga dari thailand mereka agak terkejut dengan aku hahaha,kemudian aku tanyalah lepas ni nak kemana mereka kata nak ke singapore dan dia cakap dia kurang pasti jalannya so aku pun guidelah mereka walhal aku pun tak tahu,aku pun hantarlah mereka sehingga ternampak singboard kawasan singapore,kemudia aku terus ke kampung melayu majidee untuk bermalam di rumah pakcik saudara aku


-dari kampung melayu majidee aku terus bergerak ke mersing lalu kota tinggi,jementah dan lain-lain barulah sampai mersing dia punya bukit pergh memang tak kasi aku bernafas langsung lepas satu satu,dan untuk pertama kalinya aku bermalam di balai bomba mersing selepas tanya pada ezrin,pengalaman pertama siut dia bagi aku satu kali single tidur dengan anggota anggota standby,diorang layan aku memang terbaik sangat friendly semuanya,paginya dari mersing aku bertolak ke kuantan agak jauh perjalanannya melalui hutan simpan endau rasanya udara sangat segar,heaven rasanya kerana cuaca agak mendung,masuk saja kawasan pahang cuaca menjadi panas dengan laparnya jalanya yang lurus ke depan bosan pula tu memang mental aku dibuatnya,akhirnya aku sampai di PEKAN aku lucnh nasi ayam,baru sambung ke kuantan aku bermalam di kuantan
-setelah bermalam di kuantan kalau mengikut perancangan aku ke cherating so aku mulakan  perjalanan ke cherating,dalam perjalanan aku ke cherating kalau tak silap di pelabuhan kuantan aku berdepan dengan detik yang menentukan hidup matiku,dimana aku sedang kayuh melawan angin sehinggakan aku tak boleh kayuh angin terlalu kuat,jadi memang di pelabuhan ada kontena kebetulan dihadapan aku ada kontena dibelakang pula ada juga kontena kemudian aku fikir kalau ke tengah diantara dua kontena mungkin ianya membantu jadi aku memberi isyarat kepada kontena dibelakang yang aku akan ke tengah,aku masuk juga ketengah dalam 5 kilometer aku melepasi angin yang kuat tadi,huhh lega rasanya aku selamat juga,bila memasuki kawasan cherating aku carilah mana cheratingnya tak nampak pun aku tengok maps macam dah lepas kemudian aku terus jelah,aku musykil aku tanya orang cherating dimana ye,dia pun cakap adik dah jauh terlepas pergh remuk hati siut kemudian aku sambung jelah perjalanan ku,tapi kalau aku ke cherating aku mungkin tak berjumpa dengan encik aku best
                               
hitamkan aku ?selepas selesai makan tengahari dengan mereka aku pun teruskanlah perjalanan ku dengan bengang ke kerteh,bengang sebab tak jumpa cheratingnya hahahahaha,aku masuk terengganu yeay,selepas saja pintu gerbang terengganu aku ke petronas untuk membeli air,aku berdepan dengan situasi dimana aku boleh menjadi mangsa samun,dimana 2 orang lelaki yang agak mencurigakan datang dan tanya aku nak kayuh kemana,sorang je ke,sambil melihat beg aku dan basikal aku,kemudian aku pun jawablah terpaksa menipu menipu sunat en hahah,aku cakap nak kedepan je tu,bukan sorang adalagi belakang tu kami tengah training hahahaha,kemudian dia pun beredar dalam 5/10 minit line clear aku sambung perjalanan ke kerteh sampai di kerteh agak lewat jam 7,30,sewaktu sampai di kerteh aku mencari balai bomba,tapi aku ada nampak satu basikal mtb kemudian aku cari pemiliknya dan tanya balai bomba dimana,dia pun cakap didepan tu,nak buat apa dik,aku cakap nak bermalam kemudian on the spot dia mempelawa aku bermalam di rumahnya aku pun bersetuju sambil pekena roti tempayan hehehehe
dari kerteh aku meneruskan perjalanan ke kuala terengganu sepatutnya,tapi aku dapat panggilan dari ibu saudara aku yang dia telah menyekan satu bilik di dungun berhampiran imtiaz tempat sepupu ku belajar kemudian aku bertolak lah ke dungun,dalam 32 kilometer macam tu kot,sampai di dungun aku jalan jalan dulu pantainya kemudian berjumpa sepupu aku tapi tak jumpa hahahahaa,esokya aku teruskan perjalanan ke kuala terengganu sampai di kuala terengganu agak lewat sebab aku bertolak dari dungun lewat,sampai saja di kuala terengganu aku mencari kedai yang boleh menjahit beg panneir aku yang rosak,puas mencari ramai yang tak nak,akhirnya aku terjumpa satu kedai berhampiran balai bomba kuala terengganu aku minta bantuan kepada pemilik kedai tu abang muaz untuk membantu aku,akhirnya dia menjahitkan tanpa mengambil sebarang upah,selesai saja dijahit aku pun pergilah di balai bomba yang bersebelahan tadi minta belas kasihan mereka untuk bermalam,tanpa bercakap banyak mereka menghulurkan aku kunci aku ingat bilik,rupanya kunci rumah yang lengkap 4 bilir,tv,aircond,semua adalah wow,aku pun bermalam di balai bomba jalan kota kuala terengganu

dari balai bomba jalan kota aku meneruskan perjalanan ke besut sempadan kelantan kan ? kalau tak silap lah jauh juga perjalanan aku pada hari tu,aku sampai di besut agak lewat petang,aku ingat kota bharu kelantan dekat lagi kemudian dengan confidencenya aku terus kayuh,agak lama juga baru jumpa signboard tok bali aku dah senyum 1/2jam kemudian kot aku jumpa signboard bachok lagi senyum siap boleh lepaak lagi weyh sebab ingat dah dekat,kemudian aku tengok maps pergh terkejut beruk aku tengok kota bharu lebih kurang 20/30 kilometer mengelupur aku dengan gelapnya itulah pengalaman kayuh di waktu malam overtimekan aku,agak sukar sikit dengan gelap untuk mencari singnboard,sampai saja di kota bharu aku terus ke wakaf che yeh kerana ada yang menunggu aku disanaa,sampai saja di wakaf che yeh jam 9.45 malam waktu dimana tok guru nik aziz meniggal,kemudian aku terus ke wakaf che yeh,berjumpa dengan rakan aku untuk bermalam,ke esokan harinya aku pisah dengan kawan aku untuk ke kota bharu,aku berehat 2 hari di kelantan bagi membuat persiapan untuk melalui laluan jeli gerik,khemah aku tinggalkan di klantan supaya meringankan beban,sehari sebelum melalui jeli gerik aku bermalam di rumah abang adi,
dari rumahnya aku terus bertolak ke laluan jeli gerik pergh takutnya hanya tuhan saja  yang tahu,aku mula mendaki jeli  di jeli,kayuh kayuh kayuh kayuh kayuh kayuh kayuh,6,00/6.30 petang aku sampai di puncak r&r titiwangsa niat dihati memang nak bermalam di situ,tapi aku terlihat sekawan binatang liar khinzir hutan yang berkeliaran dan lebih merisaukan dia memang menetap di situ aku pun fikir nak bermalam ke tidak,dan aku mengambil keputusan yang berisiko dengan turun juga dari r&r tadi terus ke gerik dalam waktu gelam malam dimana tiada cahaya lampu,cahaya bulan apa yang terlintas difikiran jika aku buat kesilapan aku bakal bertemu ajal ini diantara situasi yang menetukan hidup dan mati aku juga,tak banyak yang aku dapat berkayuh masa di gerik 50 kilometer aku menolak akibat tak boleh berkayuh dengan hujannya risau tentang haiwan liar lagi-lagi gajah,10.30 malam aku sampai di bawah dengan hujan renyai renyai mengiringi,sampailah aku di gerik alhamdulillah

4 comments:

  1. Salam bro, saya nak mintak tunjuk ajar dari bro sebab saya ada plan bulan 1 nak berbasikal dari johor ke kuala terengganu. Mohon pm saya kat number 019 785 4124 pleasee bro, terima kasih :)

    ReplyDelete