BERMULA PERJALANAN KU
ASSALAMUALAIKUM HYE THIS IS MY FIRST ACCOUNT,IF ADA KEKURANGAN,FAHAM-FAHAM SAJALAH,UNTUK FIRST POST NAK BERCERITA TENTANG PENGEMBARAAN AKU YANG BERMULA YANG SETERUSNYA MENYIMPAN CITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PENGEMBARA.SEMUANYA BERMULA WAKTU AKU PERGI TRAVEL KE Bandung,Indonesia 4 tahun yang lepas dah lama dah,saja ceritakan balik heheheheheh,
kalau tak silap masa aku pergi after mid year exam masa form 2,mama & adik aku dah pergi dulu ayah aku tak dapat ikut cause ada kerja.mula-mula aku pun fikir nak pergi ke kalau aku pergi aku terpaksa pergi sensorang,jadi aku pun fikir maybe ini peluang aku untuk travel merasa naik kapal terbang wuuuu best.batak kejap,jadi setelah membuat keputusan selama......2 minit aku pun setuju je excited naik kapal terbang kata ko,beberapa hari sebelum pergi habis satu kampung delek aku jaja yang aku nak pergi luar negara,(padahal sebelah negara je kot),banyak orang tanya berani ke kau man,aku berani aku cakap.selepas confirm aku pergi tiket pun dibeli on the sport,bila aku dapat je tiket tu aku pegang mengeletar katako,first time tengok then terdetik dekat hati berani ke kau man.terus terkedu aku,terus diam selama seminggu,
2 hari sebelum pergi tengah buat preparation acah-acah macam nak pergi belajar dekat oversea pulak,aku beli bag travel yang besarnye lebih dari aku RM 89.00,kasut sport 59.00 dan lain-lain dan yang tak akan aku lupakan sampai aku sanggup bawa CILI KERING BUATAN MALAYSIA semata-mata untuk aku makan sambal dekat bandung nanti.hahahaha sampai macam tu sekali ko,kemudian tibalah hari perginya aku amboi ayat pasrah macam nak pergi perang.tepat 5.petang aku dah terpacak muka langut pandang depan dekat Klia 1 untuk tunggu fligt alah naik air asia je kot,duduk jelah melangut dekat Klia tu,terus ambil boarding pass.pukul 7 terus aku check in dengan muka happy,bangganya,dan rasa takut sikit sikit jelah.then tunggu dekat escalator kalau-kalau ada orang malaysia yang satu flight nak ke bandung then terjumpalah satu family ada anak dara lagi kau wuuuuu.ayah aku pun bagitahu dia itu ini kemana aku nak pergi dia pun setuju .ayah aku suruh aku ikut abang tu lepas salam salaman jekakan kaki ke escalator aku masih cool lagi bila nak sampai depan imigresen aku dah ketor-ketor petak tak tahu nak buat apa.dan disitulah gunanya abang tu yang menguruskan aku okay imigresen dah lepas tinggal kastam pun aku masih petak abang tu suruh aku keluar kan barang aku handfone,earphone semualah untuk diperiksa .oleh kerana kepetokan aku itu habis semua isi dalam bag aku dikeluarkan oleh aku then pegawai kastam marah aku.asal kau keluarkan semua barang then aku pun cakaplah kata nak tengok semuanya -,-.sambil buat muka selamba aku pun berlalu.tik tik tik tiba masanya naik kapal yeay yeay dengan gembira ingatkan dekat kapalnye rupanya jauh gila penat jalan setelah 15 minit berjalan akhirnya sampai jugak aku dekat flight tu hehehehe,muka teruja,muka batak first time kan.cis tangga nak naik kapalnye dah lah tinggi bag aku dah macam ziraffah..kemudian naiklah aku dalam flight tu....
Dalam flight aku cari tempat sampai salah tempat aku main sebat je,tapi yang penting sebelah tingkap atas sayap ergh -,-nasib baik amoy yang duduk situ faham.bila dah dalam flight mula lah perangai batak aku tekan itu tekan ini .masa untuk take off dah start takut pakai seatbelt ,duduk tegak pejam mata hahahah.yelah takut punya pasal kejap-kejap pandang kiri pandang kanan kukuh ke kapal terbang ni then zzzupp terus terbang panjat boboboy mulu kumat kamit yelah tegak kot .bila dah agak selesa pramugari pon cakap kita keadaan semasa aku pun tenang dan bermulalah nak menjelajah kesana kesini ke toilet wuuu batak.tak sampai 1 jam ada "KEDAI RUNCIT pulak dekat dalam cabin alah biasalah pramugari tolak trollers jual makanan.aku pun tengok urmm macam sedap nak beli tengok beg duit hurm masyuk aku mintak nasi lemak dengan air kosong paling bajet punya katakan.bila aku hulur duit dia pramugari cakap.duit indonesia ye adik terus terkedu aku buat muka sedih,then dengan kecomelan aku disitu amoy yang duduk sebelah aku pun menghulurkan duit kepada pramugari dia belanja aku aku tanpa segan silu terus melahap disitulah start conversation kami masa dalam penerbangan.setelah sekian lama dalam flight tup tup tup lampu pun dipadam menandakan orang mahu molor aku pun padam jelah tapi tak boleh tidur excited sangat tengok luar padahal tak nampak apa -apa pun gelap malam.then tertidur jugak aku setelah lama hingga kebas ponggong akhirnya pilot beritahu yang kita telah sampai ke bandung .dan akan mendarat shuuuuuuuuu eikkkk mendarat dengan selamat di bandung indonesia.muka bangun tidur air liur basi meleleh turun dari kapal pergi ke post seterusnya aku hanya berpandukan orang je tak tahukan .then sampailah ke imigresen bandung tap pasports aku dicop sambil menguap sambil mengusung beg ke kastam pula sampa ke kastam pergh panjang beratur tapi aku dapat specially cause dah diberitahu .tapi aku ditahan abis kena soal siasat ada apa,kenapa datang indonsia sorang-sorang aku tak banyak cakap keluar sampul surat nah kau .dekat situ tertulis apa tujuan aku ke bandung bersendiri owhh gitu ya kata kastam tu then aku dibenarkan pergi dekat situlah aku terputus hubungan dengan abang yang dekat malaysia dan amoy yang duduk sebelah aku tadi..
lupa nak beritahu aku balik masa tu raya haji saja nak try sambut di tempat orang.huaaa bermulanya pagi aku di bandung yang indah di kampung CISEKEK .bangun aku terus cari makanan lapor kau.then mandi bila aku pegang gayung pergh sejuk ya amat bhai tak tahan aku lagi satu diorang dekat indonesia gunakan air bawah tanah tu yang sejuk.aku tak tahan gejebus gejebus 2 gayung cukuplah pakai baju melayu dari malaysia masa keluar je rumah tu semua orang pandang aku semacam aku pun fahamlah, ikut pakcik ke masjid sambil ditemankan kawan-kawan yang baru aku kenal 1 minit ipank dengan april namanya kami bersembang ..............sampai ke masjid ha kau full tank penuh aku pun duduk jelah tak dapat nak sembahnyang kot penuh.baca doa sikit tengok diorang buat korban diorang guna kambing sebab tak mampu lembu mahal sama je cara diorang dengan kita buat korban,tiba masanya untuk aku balik kerumah untuk menjamu selera .tiba petang aku mulalah nak berjalan-jalan sekitar kampung cisekek nak tengok kawasan jalan sensorang buat dek je.macam macam orang aku kenal .semimggu lebih aku habiskan dekat kampung cisekek .tiba masanya untuk ke tempat lain.
sekarang aku dah berada ti tempat lain seminggu setelah berada di bandung aku dah mula biasa dengan suasana disini.sekarang aku tinggal dekat kampung ciberum jarak agak jauh dari kampung yang sebelum ini kampung cisekek.bila aku jejakan kaki dekat kampung ni first aku nampak somenthing yang mengujakan bakso yang dipenuhi dengan isi ayam saiz yang besar sama macam lontar peluru ahahaha.then aku singgah kejap saja nak try urmm sedap dan menyelerakan 5 ribu rupiah aku habiskan dekat situ dengan melantak bakso pentol tu.kemudian tiba masanya balik ke rumah yang ingin dituju tu .wauu pemandangan sungguh mengujakan dikelilingi sawah padi,gunung ganang gunung yang berhampiran ialah gunung gedek kira aku tinggal dikaki bukitnya besar gila gunungnya.apabila malam berlabuh pada 6.30 petang dah gelap aku nampak budak-budak,orang tua ke surau aku pun turut serta selepas solat isyak duduk diluar surau untuk mengambil angin lalu aku disapa oleh seorang pakcik yang bernama pak iman kemudian kami pun bersembang itu ini sehingga lewat malam di pelawa aku untuk tinggal dirumahnya tapi aku menolaknya.ergh bila malam sejuk sangat aku tak boleh pejam mata even mengantuk last-last aku tertidur jugak.pagi pertama di kampung cisekek 5.30 matahari dah terbit bagi aku awal lagi bagi diorang dah lewat,lalu aku keluar untuk mencari sarapan lalu terjumpa sebuah warung kecil di tepi jalan yang hanya ada satu menu iaitu bandros dan teh o aku menghabiskan masa satu jam berbual-bual dengan orang dekat situ..menjelang petang aku ditemani kawan baru ipank namanya yang mengajak aku bermain bola aku mengikutinya ke padang.sesampai di padang semua orang meyapa aku hye safee sali mentang-mentang safee sali tengah hott masa tu.kemudian kami pun bermain hingga maghrib
pagi kedua aku berkenal dengan seorang perempuan winie widya cantik,putih,comel,kami berkenalan dan bersembang.......lalalala dan dia mengajak aku ke jalur untuk berjoging lalu aku pun bersetuju jalur kalau dekat sini macam stadium hari ahad orang penuh bersenam.setelah selesai berjoging kami singgah ke satu warung dan menikmati bubur ayam sedap gila .owh lupa nak beritahu sebelum aku kenal winie aku kenal dengan yuni dahulu dia ibarat PA aku disana kemudian winie mempelawa aku untuk ke MAll alah kalau dekat malaysia macam JJ,untuk tengok wayang,dan berjolli hahahaha sampai tak ingat dunia aku berjoli .kami pulang menjelang petang seperti biasa bila maghrib akan ke surau kali ini budak-budak pula yang kerumuni aku soalan pertama diorang ialah Upin & IPIN ternyata terkenal ia nasib ada video senang sikit kerja aku.. sebenarnya winie yang paling rapat dengan aku masa dekat sana kesana kemari mesti ada dia.special friend katakan hahhaha rindu kau win
3 hari sebelum aku balik malaysia aku rasa bosan asyik main dalam kampung aku nekad keluar jalan-jalan ke bandar hahaha kering start disinilah aku pusing-pusing satu bandar habis aku shopping sensorang cuba naik angkot,ojek wuu best batak sikit.ternyata best pekan dekat sana..setelah sebulan aku stay dekat bandung indonesia bercuti akhirnya tiba masa untuk pulang ke malaysia.akhirnya aku pulang jugak ke malaysia best sebenarnya sukabumi,bandung,indonesia awesome rasa tak nak balik dah .rindu nak makan bakso ori,rindu nak makan bandros,rindu nak dipanggil safee sali hahaha rindu semua tu .and aku akan kembali lagi .......rindukaulah winie widia ....