Saturday 11 April 2015

projek berbasikal mengelilingi semenanjung malaysia PART 2

assalammualaikum bertemu kembali kita lagi,harini saya akan update sambungan dari cerita yang lepas.........,setelah saya selamat saya turun dari laluan jeli gerik  dalam keadaan hujan renyai,saya berhenti berteduh di sebuah gerai makan,untuk makan malam,selesai saja makan saya segera ingin beredar untuk mencari tempat bermalam,dalam bergegas saya ingin beredar saya terlihat 3 pentouring lelaki yang berumur 40 siri ke atas yang datang berteduh juga,lalu saya pun menyandarkan kembali basikal dan menyertai mereka,saya pun perkenalkan diri,kami pun bersembang sampai satu waktu itu dimana kami serentak bertanyakan soalan yang sama soalannya ialah "MALAM NI NAK BERMALAM DI MANA" masing-masing terdiam seketika hanya dengar bunyi cengkerik,hujan yang renyai terus berhenti.hahhahaahaha,kami pun decide untuk bermalam di masjid gerik berhampiran balai bomba,kami pun bermalam niatnya memang untuk bermalam last-last sampai kesudah asyik bersembang langsung tak tidur hingga masuk waktu subuh,....paginya kami pun bersiap-siap selesai solat subuh kami bersarapan di gerai berhampiran dan menerukan ke destinasi masing-masing,mereka menuju ke laluan gerik-jeli,manakala saya meneruskan kayuhan ke arah sebelah utara,saya melalui baling wow satu pemandangan yang indah dengan kabus yang meliputinya sukar digambarkan,oleh kerana terlalu indah pemandangannya dan kesejukannya saya berhenti untuk melelapkan mata seketika hahahaahah,3 jam kemudian baru saya sambung semula perjalanan ke gurun kedah,saya bermalam di balai bomba gurun rasaya balai bomba gurun lah menjadi balai bomba terakhir yang saya tidur,paginya pula saya pun bersiap untuk meneruskan perjalanan untuk ke perlis,TETAPI kayuhan saya disini tidak berseorangan saya ditemani 2 orang iaitu abang salad elight dan pak ali yang datang dari penang.kami pun meneruskan kayuhan mengikut perancagan mereka kita akan ke bukit kayu hitam
itu semua perancangan diawalnya,kami berhenti solat di sebuah masjid di alor star,dan pekena laksa di bawa menara alor star,tapi mereka jelah yang makan laksa saya tetap makan nasi lemak itu pun mujur ada nasi lemak hahahahah,selesai makan kami pun meneruskan perjalan ke bukit kayu hitam hingga ke petang,dalam kami berkayuh saya pun menyatakan hasrat pak ali sebenarnya saya  nak ke langkawi,alang-alang ke langkawi marilah join saya ,saya pun mula menghasut mereka heheheh,alah bukan selalu pak ali turun langkawi naik beskal,begitu juga dengan abang salad elight,hingga lewat petang baru kami memasuki perlis saya pun bertanya macam mana pak ali nak ke bukit kayu hitam juga ke,tengah menghasut ni hehehehe,tengok keadaan esok macam mana, kami bermalam di masjid negeri perlisdi gazebonya,esoknya mereka bersetuju untuk ke langkawi bersama saya yahooo.kami pun mulakanlah perjalanan ke kuala perlis untuk mengambil feri berikut aksi aksi yang dapat dirakamkan oleh pak ali
kami pun tiba di jeti kuala perlis,sampai saja di jeti kuala perlis.pak ali pun pergi mencari tiket feri ke langkawi,cari punya cari baru dapat kalau tak silap tiketnya jam 11.45 pagi,huhh mujur ada tiket dan feri yang boleh bawa basikal,kalau tak memang tokey ferry tu nak aku mengayuh dekat laut tu kot,tenang sikit hati tiket dah ditangan,kami pun relax bersembang mengenai basikal,sambil menunggu ferry bila ferry kami dah tiba jeng jeng jeng jeng excited dah tu aku,hehehe tapi macam biasalah basikal tetap last masuk,last pun lastlah janji langkawi,1 or 2 jam macm tu perjalanan dari kuala perlis ke langkawi dan akhirnya kami sampai yeay yeay yeay,sampai saja abang salad elight terus bergegas mencari tiket untuk pulang sebagai persediaan awal,sesampai sahaja di langkawi wartawan rtm menunggu untuk menemuramah aku tentang kayuhan ini,
pengalaman pertama ditemuramah,biasa kena juga ditemuramah tapi bukan dengan wartawaan dengan guru disiplin,najman kenapa awak datang lewat,hahahahaha saya buat lawak gelaklah,selesai sahaja shooting ceh shooting siot eja pun salah,kami meneruskan semula perjalanan untuk mengexplore pulau langkawi yang indah ini,kami pergi ke makam mahsuri,pantai cenang,padang mat sirat dan lain-lain jap saya sertakan gambarnya ye
siap package bergambaq dengan helicopter lagi oi,setelah selesai meronda the last checkpoint kami is pantai cenang wahh indahnya sambil melihat sunset gitu boh,kami pun berehat dalam 1 jam jugaklah kami berehat ,dalam kami berehat i got something,akak zetty memberitahu aku bahwa ada orang ingin berjumpa aku dan ingin meraikan aku di pekan kuah di kedainya,aku pun bersetuju untuk kesana,kami kesana kami dijamah dengan nan tandori,dan lain-lain sedap sangat prut pun kenyang,tak cukup dengan itu kedatangan aku disambut oleh buskers,tak cukup dengan itu penginapan kami disediakan pula di sebuah hotel,terima kasih abang azman hashim moga dimurahkan rezeki,moga perniagaan bertambah maju
selepas bermalam di hotel tersebut dengan selesanya,esoknya kami bersiap untuk keluar dari langkawi,kami ke jetty pergh sesak ramainya orang mujur abang salad elight dah beli awal awal tiket,so kamu tenang jelah ..........opsssss sebelum tu i got something here terima kasih pak ali dan abang salad elight yang banyak menampung perbelanjaa saya sewaktu di langkawi moga dimurahkan rezeki pengalaman dengan anda berdua memang manis
heehehehehehe saja je,kami pun menaiki feri dari langkawi terus ke pulau pinang perjalanan dalam 3 jam mcam tu,sakit punggong oi siap tidur lagi dalam feri tu plus 2 kali bangun ,sampai saja di penang,abang salad terus bawa kami pergi pekana nasi kandaq bak hang,pergh mabeles,selesai makan kami pun berpisah untuk meneruskan perjalanan,tinggala aku sendiri semula,aku explore gi geogrtown sampai ke petang aku lepak di padang kota,sambil memikiran dimana nak tidur dan disinilah aku berjumpa mr kuniaki tamemoto, seorang lelaki jepun,aku menegur dia yang berbasikal dalam keadaan kelam kabut,kami pun bersembanng kemudian dia beredar dalam 10 minit dia datang balik dekat aku dan mempelawa aku untuk tinggal dirumahnya aku pun terus bersetuju tanpa fikir panjang,mr kuniaki membawa aku ke kondonya dan memberi aku sebuah bilik dia cakap buat macam rumah sendiri,aku pun apa lagi buatlah siap cuci baju kau hahaha  3/4 hari jugaklah aku tinggal di rumah dia,dia layan aku cukup baik ,kami bersiar-siar sekitar penang island menuju ke batu ferighhi ingatkan tak best rupanya best siot di batu feringghi pula kami terjumpa seorang pentouring dari united kingdom lupalah namanya,kami bersembang hampir 2 jam dari basikal hinggalah lain-lain hahahaah,
setelah bermalam-malam aku bermalam di rumah mr kuniaki,aku perlu meneruskan perjalanan ke perak means ke seberang tambak sana,kami keluar bersama menuju ke geogrtown sebentar untuk berjumpa dengan encik bakar insan yang pernah berbasikal dari penang ke london,aku membawa mr kuniaki bersama dan akhirnya kami berjumpa juga di gerai jeruk milikya,kagum dengan ceritanya begitu luas pengalaman beliau,
dari penang saya meneruskan kayuhan saya sehingga ke perak parit buntar saya bermalam di rumah abang badrul bad,dengan opah yang peramah orangnya 
terima kasih abang bat di atas layanan yang baik kepada saya,moga dimurahkan rezeki dan kahwin jangan lupa jemput,heheheheheh,dari parit buntar saya meneruskan perjalanan kalau mengikut perancangan saya harus ke ipoh tapi saya menukar laluan dari parit buntar terus ke manjung perak,berikutan kesuntukan waktu,pergh perjalanan yang agak mencabar dari segi mentalnya bukan sahaja jarak yang jauh tetapi dari segi cuacanya dan jalan yang membosankan.,akhirnya setelah bergelut dengan semua itu saya sampai juga ke manjung dan disambut oleh ibu ani yang menunggu .mereka membawa ku ke teratanya di manjung point 1 
saya bermalam di rumah ibu ani hanya 1 malam.waktu malamnya itu saya diberitahu yang esok ada orang yang ingin berjumpa dengan saya,saya pun okay je,esoknya awal-awal pagi lagi orang tu dah menunggu aku di rumah ibu ani semata-mata untuk berjumpa denganku,dia datang berdua dengan anaknya untuk mendergar cerita ku,selesai saja berjumpa dengan orang tadi,aku bersiap-siap untuk ke telok intan destinasi terakhir di perak sbelum membuat perjalanan pulang,,aku meneruskan perjalanan pulang dengan memakai jersi yang diberi ibu ani 
aku meneruskan kayuhan ke telok intan sampai dalam waktu 3/4 petang di telok intan aku sengaja memilih untuk tidur di hotel alah sekali sekala bukan selalukan ?,memilih hotel budget berhampiran public bank,ptannya aku kluar bersiar siar skitar tlok intan ambil angin pergi minum kejap dan bersembang dengan tuan empunya kedai sembang punya sembang adik tidur dimana malam ni saya tdur di hotel depan public bank tu ,haaa pak cik tadi terkejut aku pun tanya kenapa cik di situ tempat perlacuran hiv/aid aku terus terdiam sambil cakap dalam hati salah masuk port ni,mula mula aku tak percya kata pakcik tu,bila malam aku turun untuk cari makan di gerai baru aku percaya memang ada mak nyah hahahahaha,geli geman dibuatnya teman,dan aku pun dapat tidur yang lena di hotel itu,esoknya aku bersedia untuk membuat perjalanan pulang dengan ke sabak bernam terlebih dahulu berjumpa dengan abang miskam marimun yang telah menyediakan tempat tinggal di chalet milik akak iparnya berhampiran pantai bno bagan nakhoda omar,aku smpai dan trus ke chalet tsbut rhatkan badan sbntar ptangnya kluar cri makan di pantai bagan nakhoda omar pekena mee udangnya,tapi aku makan nasi goreng udang heeeee sambil melihat sunset,selesai saja makan aku terus pulang ke chalet untuk berehat aku tidur dengan lena dengan selesanya terima kasih abang miskam,kesesokan paginya aku bersiap untuk bersama abang miskam dan raja abdullah untuk sarapan dengan tak mandinya,aku tak menyangka pula sarapan aku itu disertai yb sabak bernama alamak malunya teman,ahahhaa,selesai sarapan aku pun pulang ke chalet untuk bersiap-siap meneruskan perjalanan,slesai bersalam salaman aku pun meneruskan perjalanan sambil ditemani raja abdullah hingga ke sungai besar krna raja abdullah sdang mmbuat video kayuhan ku,,dari sabak bernam aku ke kuala selangor keadaan jalan banyak membantu,begitu juga dengan cuaca,kesukaranya datang dari segi aliran trafik yang agak sibuk juga,aku sampai di pekan tanjung karang terlebih dahulu disertai abang halym halim dari kscc untuk menemani aku ke kuala selangor,kemudian di sertai oleh cikgu zuraini dan cikgu emm bee.sehingga ke kuala selangor sambil berhenti pekena cendol pergh memang terbaik,di kuala selangor kami pergi ke homestay yang telah disediakan oleh cikgu nasir aku bermalam di situ ditemani king raja hassan,dan wak abdul rahim ,pada malamnya pula aku dibawa makan di de coral di tepi sungai kuala selangor bersama ahli club kscc dan desiran club,memang sedap memang terbaik
TERIMA KASIH kscc/desiran club cikgu nasir,cikgu emm bee,cikgu zuaini,abang acit rawit,abang firdaus,abang abhi khalid,abang hi real,rider karat kellys,abang sutan dan semua yang menyambot saya sewaktu di kuala selangor,kami bertiga pun bermalam saya,king,dan wak abdul rahim.nak tidur pun seram sejuk kerna esok adalah hari terakhir dimana hari penamat 28 februari,tapi lena juga tidur smbang je lebih aku ni,hahahaha esoknya kami bersiap-siap menuju ke mapley untuk bersarapan jam 9 pagi kami bertolak dari kuala selangor menuju ke klang disertai abang azmi dan rakanya 
tepat jam 12.30 kami pun sampai di pintu pagar smktg,hati berdebar melihat dihadapan begitu ramai orang,ku tenangkan hati berjalan seolah-olah tiada apa dengan janji tidak mahu menjatuhkan airmata,tapi akhirnya jatuh juga hahahahaha,bajet macho konon,diraikan,dikompangkan diberi tabik hormat dari junior kadet sendiri ianya pengalaman paling manis seumur hidup aku,tak pernah minta diraikan sebegitu,tak pernah minta populariti,apa yang aku pinta benarkan hasrat ku untuk mengejar cita-cita 
,terima kasih kepada semua yang telah membantu saya,membantu perjalanan dari awal sampai akhir special thanks to bro ezrin yang banyak bagi tunjuk dan ajar, thank you to touring family,to faimily pak mat kuda ,terima kasih kepada 5 utama  family,andai ada jodoh kita pasti bertemu kembali,tujuan saya membuat blog ini bukan untuk menunjuk-nunjuk,riak,dan sebagainya tujuannya ialah untuk saya kongsikan pengalaman sepanjang kayuhan saya,semoga menjadi pembakar semangat,pendorong,dan dapat memotivasikan diri masing-masing, sejujurnya bukan populariti yang saya cari,bukan wang ringgit yang saya cari,ianya kemahuan diri dan niat yang tersendiri,saya belajar dan saya akui maksud setiap pertemuan pasti ada perpisahan,jika diberi wang tunai 10 k tiada bandingnya dengan pengalaman ini,dengan  erti persahabatan yang saya dapat,susah,pahit,manis saya laluinya sendiri,5 kali saya berhadapan dengan hidup dan mati tetapi hanya satu saya ceritkan yang lain biar saya sendiri mengetahui,saya masih lagi najman,sebenarnya hati ini belum puas mengembara,belum puas meneroka,belum puas hidup sebagai pengembara berada di jalanan,belajar berdikari,hati ini masih lagi ingin ke jalanan,..insyallah  SABAH,BRUNEI,SARAWAK..........agi idup agi ngelaban

Tuesday 31 March 2015

projek berbasikal mengelilingi semenanjung

assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca,harini saya nak update tentang projek berbasikal mengelilingi semanjung saya yang baru selesai pada 28 februari 2015,2 bulan saya merancang dari segi pemetaan,perjalanan,perbelanjaan,penginapaan,persekitaran & dan lain-lain,tujuan aku membuat ini ada 2 pertama untuk membangakan ibu bapa aku ye aku tahu aku kurang dari segi belajar,jadi aku rasa ini the best way sebab aku percaya aku mempu lakukan,tujuan 2 ialah 17 tahun aku hidup di malaysia tak pernah lagi menjejakan kaki di negeri-negeri lain,selangor & melaka dua negeri ini sahaja yang aku pernah sampai lagipun melaka tu hometown selangor pula tempat tinggal,bukan niat nak cipta nama,nak cari popularit             sebelum aku buat semua ni aku kerja dulu kerja di kedai hardware kerja kedai barang binaan di sijangkang kerja berat orang kata ,tapi aku tabahkan je demi mencapai kemahuan diri,okay itu dia setting basikal aku fixie biasa single speed panneir pun yang murah punya rm 55 beli online dekat bbs,senang cerita apa yang ada,mula-mula aku tak sure nak bawa berapa sebab 1 bulan,so aku tanya ezrin memang luas pengalamanya ni aku tanya kalau bawa 500 cukup ke dia kata terlebih cukup so aku keluar rm 500,300 ringgit untuk setting basikal siap spray new colour lagi hahaha.and baki tu aku buat untuk perbelanjaan semasa perjalanan,semua dah risau aku bawa rm 200,aku pasrah je,first destination/night di port dickson tidur dalam khemah tepi pantai perghh awesome gila,kemudian esoknya kau terusakan kayuhan ke melaka my hometown yeahh aku rest 1 hari sebelum ke johor,kemudian di johor pertama kali aku bermalam di masjid masjid renget namanya kurang selesa dengan sejuknya cuaca,nyamuknya lagi,tidur kurang lena,kemudian esoknya aku demam,day 5 betul aku demam akibat tidur kurang selesa di masjid renget aku terpaksa berhenti di pontian berehat lebih awal,sepatutnya aku kena sampai tanjung piai,tapi aku kurang sihat,day 6 dari pontian aku ke tanjung piai walaupun belum recovery sepenuhnya aku ke tanjung piai agak rushing juga kemudian dari tanjung piai terus ke johor bharu di tanjung piai aku terjumpa 4 sekawan pentouring juga dari thailand mereka agak terkejut dengan aku hahaha,kemudian aku tanyalah lepas ni nak kemana mereka kata nak ke singapore dan dia cakap dia kurang pasti jalannya so aku pun guidelah mereka walhal aku pun tak tahu,aku pun hantarlah mereka sehingga ternampak singboard kawasan singapore,kemudia aku terus ke kampung melayu majidee untuk bermalam di rumah pakcik saudara aku


-dari kampung melayu majidee aku terus bergerak ke mersing lalu kota tinggi,jementah dan lain-lain barulah sampai mersing dia punya bukit pergh memang tak kasi aku bernafas langsung lepas satu satu,dan untuk pertama kalinya aku bermalam di balai bomba mersing selepas tanya pada ezrin,pengalaman pertama siut dia bagi aku satu kali single tidur dengan anggota anggota standby,diorang layan aku memang terbaik sangat friendly semuanya,paginya dari mersing aku bertolak ke kuantan agak jauh perjalanannya melalui hutan simpan endau rasanya udara sangat segar,heaven rasanya kerana cuaca agak mendung,masuk saja kawasan pahang cuaca menjadi panas dengan laparnya jalanya yang lurus ke depan bosan pula tu memang mental aku dibuatnya,akhirnya aku sampai di PEKAN aku lucnh nasi ayam,baru sambung ke kuantan aku bermalam di kuantan
-setelah bermalam di kuantan kalau mengikut perancangan aku ke cherating so aku mulakan  perjalanan ke cherating,dalam perjalanan aku ke cherating kalau tak silap di pelabuhan kuantan aku berdepan dengan detik yang menentukan hidup matiku,dimana aku sedang kayuh melawan angin sehinggakan aku tak boleh kayuh angin terlalu kuat,jadi memang di pelabuhan ada kontena kebetulan dihadapan aku ada kontena dibelakang pula ada juga kontena kemudian aku fikir kalau ke tengah diantara dua kontena mungkin ianya membantu jadi aku memberi isyarat kepada kontena dibelakang yang aku akan ke tengah,aku masuk juga ketengah dalam 5 kilometer aku melepasi angin yang kuat tadi,huhh lega rasanya aku selamat juga,bila memasuki kawasan cherating aku carilah mana cheratingnya tak nampak pun aku tengok maps macam dah lepas kemudian aku terus jelah,aku musykil aku tanya orang cherating dimana ye,dia pun cakap adik dah jauh terlepas pergh remuk hati siut kemudian aku sambung jelah perjalanan ku,tapi kalau aku ke cherating aku mungkin tak berjumpa dengan encik aku best
                               
hitamkan aku ?selepas selesai makan tengahari dengan mereka aku pun teruskanlah perjalanan ku dengan bengang ke kerteh,bengang sebab tak jumpa cheratingnya hahahahaha,aku masuk terengganu yeay,selepas saja pintu gerbang terengganu aku ke petronas untuk membeli air,aku berdepan dengan situasi dimana aku boleh menjadi mangsa samun,dimana 2 orang lelaki yang agak mencurigakan datang dan tanya aku nak kayuh kemana,sorang je ke,sambil melihat beg aku dan basikal aku,kemudian aku pun jawablah terpaksa menipu menipu sunat en hahah,aku cakap nak kedepan je tu,bukan sorang adalagi belakang tu kami tengah training hahahaha,kemudian dia pun beredar dalam 5/10 minit line clear aku sambung perjalanan ke kerteh sampai di kerteh agak lewat jam 7,30,sewaktu sampai di kerteh aku mencari balai bomba,tapi aku ada nampak satu basikal mtb kemudian aku cari pemiliknya dan tanya balai bomba dimana,dia pun cakap didepan tu,nak buat apa dik,aku cakap nak bermalam kemudian on the spot dia mempelawa aku bermalam di rumahnya aku pun bersetuju sambil pekena roti tempayan hehehehe
dari kerteh aku meneruskan perjalanan ke kuala terengganu sepatutnya,tapi aku dapat panggilan dari ibu saudara aku yang dia telah menyekan satu bilik di dungun berhampiran imtiaz tempat sepupu ku belajar kemudian aku bertolak lah ke dungun,dalam 32 kilometer macam tu kot,sampai di dungun aku jalan jalan dulu pantainya kemudian berjumpa sepupu aku tapi tak jumpa hahahahaa,esokya aku teruskan perjalanan ke kuala terengganu sampai di kuala terengganu agak lewat sebab aku bertolak dari dungun lewat,sampai saja di kuala terengganu aku mencari kedai yang boleh menjahit beg panneir aku yang rosak,puas mencari ramai yang tak nak,akhirnya aku terjumpa satu kedai berhampiran balai bomba kuala terengganu aku minta bantuan kepada pemilik kedai tu abang muaz untuk membantu aku,akhirnya dia menjahitkan tanpa mengambil sebarang upah,selesai saja dijahit aku pun pergilah di balai bomba yang bersebelahan tadi minta belas kasihan mereka untuk bermalam,tanpa bercakap banyak mereka menghulurkan aku kunci aku ingat bilik,rupanya kunci rumah yang lengkap 4 bilir,tv,aircond,semua adalah wow,aku pun bermalam di balai bomba jalan kota kuala terengganu

dari balai bomba jalan kota aku meneruskan perjalanan ke besut sempadan kelantan kan ? kalau tak silap lah jauh juga perjalanan aku pada hari tu,aku sampai di besut agak lewat petang,aku ingat kota bharu kelantan dekat lagi kemudian dengan confidencenya aku terus kayuh,agak lama juga baru jumpa signboard tok bali aku dah senyum 1/2jam kemudian kot aku jumpa signboard bachok lagi senyum siap boleh lepaak lagi weyh sebab ingat dah dekat,kemudian aku tengok maps pergh terkejut beruk aku tengok kota bharu lebih kurang 20/30 kilometer mengelupur aku dengan gelapnya itulah pengalaman kayuh di waktu malam overtimekan aku,agak sukar sikit dengan gelap untuk mencari singnboard,sampai saja di kota bharu aku terus ke wakaf che yeh kerana ada yang menunggu aku disanaa,sampai saja di wakaf che yeh jam 9.45 malam waktu dimana tok guru nik aziz meniggal,kemudian aku terus ke wakaf che yeh,berjumpa dengan rakan aku untuk bermalam,ke esokan harinya aku pisah dengan kawan aku untuk ke kota bharu,aku berehat 2 hari di kelantan bagi membuat persiapan untuk melalui laluan jeli gerik,khemah aku tinggalkan di klantan supaya meringankan beban,sehari sebelum melalui jeli gerik aku bermalam di rumah abang adi,
dari rumahnya aku terus bertolak ke laluan jeli gerik pergh takutnya hanya tuhan saja  yang tahu,aku mula mendaki jeli  di jeli,kayuh kayuh kayuh kayuh kayuh kayuh kayuh,6,00/6.30 petang aku sampai di puncak r&r titiwangsa niat dihati memang nak bermalam di situ,tapi aku terlihat sekawan binatang liar khinzir hutan yang berkeliaran dan lebih merisaukan dia memang menetap di situ aku pun fikir nak bermalam ke tidak,dan aku mengambil keputusan yang berisiko dengan turun juga dari r&r tadi terus ke gerik dalam waktu gelam malam dimana tiada cahaya lampu,cahaya bulan apa yang terlintas difikiran jika aku buat kesilapan aku bakal bertemu ajal ini diantara situasi yang menetukan hidup dan mati aku juga,tak banyak yang aku dapat berkayuh masa di gerik 50 kilometer aku menolak akibat tak boleh berkayuh dengan hujannya risau tentang haiwan liar lagi-lagi gajah,10.30 malam aku sampai di bawah dengan hujan renyai renyai mengiringi,sampailah aku di gerik alhamdulillah